19.8 satu tarikh yang sangat memberi kesan pada aku. Bila 19.8 je terus KLMJ. Tau apa KLMJ? Kenangan lalu mengusik jiwa. Tarikh dimana aku mengenali seseorang sebelum aku kenal dengan ‘dia’. ok, mari beri nama seseorang yang aku nak cerita ni N. ni zaman aku sekolah lagi. Form 5. Nak kata sampai terjatuh cinta tu rasanya macam tak la ke tahap tu. Tapi memang suka dan sayang sangat2 kat N. aku kenal dia melalui chating dan bertukar kepada sms selama hamper 3 tahun camtu. dia kelakar,so friendly, banyak cakap dan banyak lagi la sikap N yang buat aku suka kat N dan boleh dikatakan 99% sikap kami memang sama dan apa yang aku suka, dia pun suka contohnya lagu,warna, suka kucing dan lain2 lagi la.
Selepas aku kenal dia, hidup aku betul2 berubah menjadi ceria dan happy setiap hari. Hari2 kot sms. Siang malam pagi petang. Dan kalau tak msg satu hari pun dah serba tak kena dibuatnya, jadi rindu sangat2. Kiteorang ok dalam 2 tahun je. Masuk tahun kedua aku kat U dan dia kat kolej, kami dah renggang. Terus putus kawan lepas gaduh besar. Dia kata aku dah macam tak perlukan dia lagi. Jarang nak luahkan perasaan kat dia. cuba korang fikir, aku sms tiap malam, tiap hari dia asyik reply bz. Bila aku tak msg, N kata aku lupakan dia lak. Bila dah fed up sangat tu la sampai gaduh. Last2 putus kawan. Sebab dia cakap aku mengongkong dia. aku pun tak paham. Xmsg marah. Bila Selalu msg,mengongkong pulak.
Aku sedih la jugakkan. Masa dia LONELY time sekolah, lepas SPM,baru2 masuk kolej, boleh dikatakan aku 24hours sedia untuk temankan dia. tapi bila dah Berjaya, ramai kawan2,tak sunyi lagi, senang2 je dia boleh lepaskan aku camtu. Biasa la kan. Gaduh, pastu aku mintak maaf lah. Itupun susah sangat dia nak maafkan(kalau gaduh, selalunya aku yang selalu mengalah). Aku msg2 N sampai dia ugut nak tukar no. hp kalau aku sms lg. sejak tu aku jarang msg dia. ada la seminggu sekali. Tu pun dia tak balas. Dia mmg dah tak nak kawan ngan aku lagi. Dah abis merayu2 dah. Yelah, hari2 sms.agak susah la jugak nak terima kenyataan tu.
Ya. Memang aku sayang sangat kat N(dulu). Sampai sekarang aku tak suka dengar radio. Sebab terlalu banyak lagu yang N bri kat aku. Jadi kalau dengar radio dan bila radio putarkan lagu yang pernah dia N tujukan kau kat aku. Aku tentu akan teringat kat N sehari2. Antara lagu2 tu kengangan terindah,kesetiaan, laskar cinta, semusim, tiada yang kedua,my baby you, biarlah rahsia ,dealova dan banyak lagi yg lain.
Sekarang aku tengok N macam ‘gila talak’ kat ex bf dia. kesian gak aku tengok. Selalu je pos status kat fb untuk menarik perhatian ex dia. tengok ex dia dah macam ngan orang lain. Mungkin itulah hukum karma tuhan. Kalau dulu aku merayu2 kat dia. sekarang dia rasa camne perasaan bila tak dapat lupakan orang yang kita sayang. Kadang2 ada gak rasa nak masuk line, tapi buat apekan? Dulu dia buat aku teruk sangat macam aku ni jahat sangat2 dimata dia. bukan ego, tapi parut kat hati sampai bila2 tak boleh hilang. Kalau aku masuk line, mesti dia layan. Yelah, orang tengah lonely kan.hmm..
“awak, masuk hari ini, 5 tahun dah sy mengenali awak. Tak pernah sy menyesal untuk mengenali awak bahkan sy rasa bersyukur tuhan berikan sy kebahagiaan yang luar biasa sejak kenal ngan awak walaupun dalam masa yang singkat,tak sampai 3 tahun. Wak, sy msh ingat lagi soalan awak tentang “agaknya dalam masa 5 tahun lagi kita camne ek?” sy jawab ”ntahla wak, myb makin rapat or myb makin renggang” “hmm..kan, mungkin masing2 bz ngan life sendiri” yup!!! Mmg tepat jawapan awak. Bahkan sekarang macam tak mengenali satu sama lain. Biarpun ada kat friendlist fb masing2. Awak, sy masih simpan, semua barang yg awak bagi. Sy tak buang pun.awak dah bakar semua barang yang sy bagi mcm sy suruh? 2 love rm10 tu takkan awak bakar jugak? Tau kenapa sy buat dengan rm10?dan kenapa tak buat dengan kertas warna je seperti yg awak ckp tu? 1. Sebab dia warna merah mewakili warna hati. 2. Sebab sy anggap persahabatan kita berdua ada nilainya. 3. Sebab kalau buat dengan duit, awak tak boleh nak buang/bakar/ what so ever. Awak takut ke sy jatuh cinta kat awak? yup, mmg sy suka kaum sejenis(N tak tau pun) tapi ngan awak sy syg sgt as my bestfren, kakak,adik.. awak jadi bestfren tmpat sy mengadu itu ini. Awak jadi kakak bila sy nak bermanja, dan awk jd adik bila bermanja ngan sy. Ye, kadang2 sy rindu sms good morning,sms good nite, dan aksi pujuk memujuk kita.tp sebabkan awak yang ego, semua tu sy lupakan. Sy tau awak takkan lupakan sy. Sbb sy pnh buat awak bahagia. awak sendiri mengaku “sy tak pernah rasa bahagia mcm ni sjk knl ngan awk”. Awak masih ingat awak kata “ jgn tinggalkan sy” awak masih ingat awak berjanji takkan tinggalkan sy? Awak tak ingat? Buktinya masih sy simpan wak, dalam surat yang awak bagi kat sy. Maafkan sy sekiranya satu hari nanti, awk nak kembali pada sy, tp sy tak dapat menerimanya walaupun awak antara yang terbaik melayan sy tapi jugak yang paling ‘kejam’ melayan sy sebab kawan2 sy pu n tak pernah sakitkan hati sy, wak. Thanks for the memories. I wouldn’t forget about it. :)
No comments:
Post a Comment