Friday, November 26, 2010

Our Date..

Masih ingat dengan entry yang ini?

Date kami berjalan ngan lancar. Rumate aku keluar ngan kawan dorang dan aku lepas kuar je dari dewan peperiksaan terus menuju ke kolej dia. Alhamdulillah, hari cerah je. Risau gak sebab hari2 before tu memang hujan je setiap hari bila time petang2.

Serius.. itulah kali pertama aku keluar ngan dia berdua sahaja. Sebelum ni mesti ada yang ketiga-my bff. Kat pzza hut,tempat duduk yang agak terpinggir masih ada. So, duduk kat situ tanpa gangguan dari suasana yang bising. :)

Kami berborak je. Bila makanan dah sampai, masing2 diam dan menikmati pizza yang sedap tu. Bila agak2 perut dah half full, mula borak2 balik. Dia tegur aku sangat kuat makan. Yerlah mestilah kuat, dah happy gila2 kan-final exam dah abis+dapat makan dengan dia+perut pun memang lapar gila. Before exam tu aku makan 2-3 sudu nasi je kot+ayam goreng. Dia pun memang save perut untuk makan petang, so, kami sama2 seperti singa yang lapar.hoho..

Kadang2 aku termenung sambil mengunyah, dia tegur “termenungkan ape” “takde ape,tak boleh ke tengok pizza ni? Ok lah. Tengok ko je lah, ”..lepas beberapa saat“aku tau la aku cute tapi janganlah tenung aku camtu..maluu.hehe” “perasan! dahtu tengok pizza pun tak boleh,takkan tengok dinding pulak”. Aku amik pizza yang slice lebih kecik je. Dah slice yang terakhir, baru dia perasan “eh, mana aci, ko makan yang kecik2, aku makan yang besar2, patutlah aku cepat kenyang.” “Adillah tu, kan perut ko besar lagi..teehee.free tao aku belanja ni makan je abis”.

Ianya berakhir dengan sesi bergambar aku dan dia. :) kami berjalan kaki balik ke hostel dengan membawa perut yang kekenyangan. Tak jauh pizza hut dari uni kiteorang.kfc pun tak jauh.memang boleh jalan kaki. Dah sampai kolej dia, aku bagi dia hadiah birthday. Masa birthday dia, aku tak sempat nak cari apa2. Busy gila masa tu. Aku pesan: bukak, jangan bagi orang tengok. Masa bagi adiah tu, aku nak hug dia sebagai tanda perpisahan tapi tak jadilah. Then aku balik ke kolej aku.jauh gak la, dah jalan sorang2 malam pulak tu. Tak lama lepas tu dia sms aku, “aku dah tengok dan baca. Thanks, tak pernah orang bagi aku rantai time birthday. Aku baca kat tangga ni, before sampai bilik sebab takde orang.hehe” dalam hati aku..’haha, cute je budak sorang nih’
.
Itulah penghabisan hari tu. Tapi tak tamat lagi….bersambung hari esoknya.
.
Esoknya hari aku nak balik rumah, aku pas kan kat classmate aku pendrive. Aku suruh bagi kat dia. ada movie yang dia nak tengok sangat2. Yelah masa kat pizza tu dia merengek2 nakkan movie tu. Tak sampai hati pulak aku nak kecewakan dia. masa bagi pendrive tu aku tak tau bila aku nak ambil balik. Memandangkan aku balik petang tu,dan dia pun ada exam petang tu jugak.
.
Al-kisahnya, petang tu, tunggu punya tunggu parents aku ambik aku lambat,lepas waktu maghrib. Sebab ada hal. Masa dah dalam kereta, dia sms “bila nak bagi balik pendrive ni”..fikir punya fikir aku terus suruh bapak aku belok ke kolej dia. aku sms “aku otw ke kolej ko, turun la skrg” dah sampai sana, bff aku call. Tanya betul ke aku yang kat kolej tu. Aku cakap ye, kenapa? Bff:ok2, sy pusing sekarang. Rupanya2 bff aku nampak aku masuk pagar kolej tu. Dia nak jumpa aku. dan aku pun jumpa bff aku. sempat bercerita lagik. Hug maybe dah 3-4 kali. Tak jugak turun2 budak tu(dia).

Aku pun naiklah ke bilik dia. tengok2 dia baru nak turun. Terjumpa kat tangga, dia bagi pendrive aku.

Aku:oklah aku nak balik ni.
Dia:ok.sorry lah lambat, ingat ko main2 tadi.
aku:banyak la ko punye main2.
Then we hugs.. :)
Aku:bff ada kat bawah. Dia pusing balik bila tengok kete aku.
Dia:oh yeke, meh, aku hantar ko.

Kat bawah, sembang2 kejap ngan my parents, bff n her bf, dan dia.

Nak balik, bff peluk aku dan bff nanges. Buat aku sebak jugak. Yelah, 4 tahun setengah tu tak terasa pun masa berlalu. bfflah orang pertama aku kenal kat u*itm ni.

Then last skali aku salam n laga pipi Dia. itulah kali terakhir aku jumpa dia,buat masa ni.harap2 boleh jumpa2 lagi.

Dalam kereta, aku nanges. Bukan sebab dia, tapi sebab bff aku. tanpa bff aku, tak mungkin aku boleh pergi sejauh ni. Bff la orang yang paling banyak tolong aku. sampai semua termasuk staff2 tau kami berdua, mereka gelar ‘kembar tak serupa’.

Aku sayang bff, aku sayang Dia. aku tahu sayang kepada kedua2nya amat berbeza.

Thanks to my pendrive. Terlalu besar hikmah aku pinjamkan pendrive tu. Thanks ya Allah. :’)

No comments: