Semalam hujan lebat. Kejap kuat kejap tak. Lama la jugak sampai pukul 1 pagi kot. Ingat nak tidur awal. Pukul 11 dah tutup lampu apa semua. Tapi tak jugak lelap2. Dalam gelap2 tu teringatlah satu kisah di hostel:
Dia dan my bff tumpang tidur bilik saya. my bff dah baring2 bergayut dengan boyfren dikatil sebelah. Dia nak masuk tidur baring disebelah saya. dia tidur bahagian dalam,saya bahagian luar sebab saya tak suka panas. Dia tak suka sejuk. Sungguh berbeza kan kami berdua? -.-“
Dah baring,
Dia: terang tak?
Saya: terang.nape?
Dia:hehe..
Saya: nak tutup lampu?
Dia:hehe..
Saya: tutuplah.
So dia keluar balik dari katil double decker tu pegi tutup lampu bilik. Maka bilik jadi gelap gelita. Dia baring balik sebelah saya.
Dia: yeay dah gelap
Saya: (senyum)
Tiba2 my bff angkat dari katil dan menuju katil kami berdua. Serta merta buka lampu suluh handphonenya..
Bff: saya dari majlis agama islam. Anda berdua ditangkap basah kerana berdua2an didalam gelap.
Saya yang dalam keadaan blur seketika dalam 3 saat kot sebab sempat berfikir ‘kenapa ditangkap basah sedangkan tidur dengan perempuan?’ then baru saya dan dia ketawa dengan kuat sebab baru dapat tangkap apa yang sebenarnya berlaku. Termasuk sekali bff pun ketawa sekali. Yelahkan, tidur satu katil, satu selimut jugakkan..bff ni pun tetiba buat lawak tetengah malam.
Kalau teringat kisah ni, mesti ketawa. Rindu zaman saya,bff dan dia sahaja :)
No comments:
Post a Comment