Saturday, December 8, 2012

Masak

hari ini saya memasak untuk lunch. sesuatu yang jarang dibuat..err tak pernah buat kot? yelah.. ada mak jadi chef kan. selalu tolong chef hari ini tukar tempat lak.huhu.. saya masak butter chicken. sebab dah terlalu mengidam butter chicken TJ. the best butter chicken kot tu. yes, sejak kali pertama rasa butter chicken ni terus jadi my favourite food. sebab suka sangat dengan rasa dia yang lemak2 manis.

saya tak pandai masak. tak pandai ke? malas ke? jarang memasak? ntah le.. kalo saya memasak, tak dapat la rasa masakan mak kan.bagusnye alasan. ada la masak telur simple2,just untuk makan sendiri2 je. saya kurang memasak sebab saya lebih suka membuat kek. cuma saya perasan, saya ada ikut mak sikit. memasak tu, tak pakai sukatan. ikut rasa hati je nak campak2 bahan dalam kuali banyak ke sikit ke..huhu.. selalu orang tanya mak resipi, mak akan jawab 'tak tau nak bg resipi, kalao masak banyak, letak banyak kalo sikit, sikit la."

saya pulak, dah zaman moden ni, tengok resipi kat internet. search2 sampai puas hati. macam resipi butter chicken ni la. mana rasa yang terbaik saya amik dan gabungkan jadi la resipi saya sendiri yang perfect. perfect bagi saya la.. dan ye, saya tak ikut sukatan sebenar kat resipi tu main letak je ikut suka hati..hahah. dan semua puji sedap.eheh.. beberapa tahun dulu pernah masak butter chicken ni. tapi mak la yang masak. tapi susunya hangit. lepas tu xde lagi masak, agak2 trauma dengan rasa susu yang hangit tu..haha

saya lupa amik gambar T.T dah lapar, makan abis licin baru teringat nak amik gambar. selalu masak ape pun mesti amik gambar dan mms kat orang tu. rasa kepuasan di hati bila kita masak dan orang puji sedap. selepas bermuram durja, baru la senyum sikit puas hati dengan masakan sendiri, harap bakat memasak mak pun turun kat saya. saya nak ada rumah sendiri dengan dapur yang cantik lagi moden dengan kelengkarapn memasak yang cukup. pisau dari pisau kecil ke pisau besar semua lengkap,kuali dari kuali leper besar kecik ke kuali melengkung semua ada, baru ada feel nak masak. ni potong bawang pun 'mak pisau ni tumpul ke???" terus ilang mood nak masak. nanti la ada duit lebih nak beli kuali dan pisau.

oh ya hari ni masak pie jugak.. kakak yang buat. kakak ke? macam mak je yang lebih tolong.. mak yang gelek2kan kulit adunan pie tu masuk dalam bekas kakak main fb kat sebelah. rasa nak siku je la haih. lepas siap satu terus cakap kat mak 'tepi mak, biar ima yang buat'. iye, buat kuih2 camni memang kegemaran saya. lepas tu barulah kakak terhegeh2 nak buat jugak. dulu gitu jugak.. kata nak buat karipap. yang lebih banyak buatnya saya dan mak je. haritu buat durian crepe. kakak nak sangat buat. saya malas nak masuk campur..suruh la dia buat sendiri. saya naik atas masuk bilik. dah lama2 baru saya turun. ingatkan dah masak, sekali tengok semua tak menjadi.. bila cakap 'tepi biar aku yang buat' baru la ada rupa dapat dimakan. tapi tak menjadi sangat, sebab adunan dah salah dari awal dan kuali pun tak membantu sangat. kakak ni buat kuih memang dia sangat kureng, tapi memasak tu not bad la..

ok, next..nak masak ape lak ye..eh sejak bila tukar hobi ni?huuu...

ok bai..

"i'm not just ignoring you, i want to see your effort."

2 comments:

really? said...

Gf sy ni ngan chef micheal mmg saing2 haha

Shizuma said...

sy blm layak jadi chef r yang... kene blaja dari u..hahaha