Ada sorang friend kat fb meninggal dunia jumaat lepas. Mula2 tak kisah bila ada updated photo al-fatihah kat page beliau. Hari ni baru nak tengok kenapa. Rupa2nya beliau dah meninggal dunia sebab dilanggar lari.
Beliau adalah seorang photographer. Umur sama dengan saya. Terpukau/tertarik dengan gambar belaiau sebab gambarnya di edit lain drpd yang lain. Lebih putih suci je rupa gambar2 kahwin yang dia ambil.. Kalau nak tengok pegi page fb n*adia z*ahari photography.
Tak pernah kenal, tapi rasa kehilangan sebab selalu tengok gambarnya. Lagipun, umur muda. Sama umur dengan saya.
Bila ada yg rakan fb dan yang sama umur atau lebih muda meninggal dunia, saya rasa takut. Rasa macam ya Allah dekatnya kita dengan ajal maut. Rasa macam bila2 je boleh sampai giliran saya. Entah kenapa saya asyik fikirkan soal mati.
Lebih takut bila rasa amalan padaNya terlalu sedikit..
Al-fatihah buat beliau. Moga rohnya dicucuri rahmat. Amin
:(
No comments:
Post a Comment