Teringat masa kat uni dulu. Ada dua golongan yang suka tegur saya bila tengok saya jalan sorang2. Itu time degree la. Time diploma saya ada kembar tak serupa iaitu my bff. Kemana kami pergi sentiasa berdua. Kalau sorang tak ada mesti dorang bertanya mana lagi sorang, eventhough orang yang bertanya itu memang tak dikenali.
Berbalik kepada dua golongan tu tadi, dua golongan tu adalah:
1. 1. Ahli/ajk surau
Ahli surau/ ajk surau ni terdiri dari golongan perempuan alim yang bertudung labuh. Bila tengok je perempuan bertudung labuh maka mereka akan mendapat gelaran itu. Sebab memang biasanya mereka adalah ajk surau. Tak pun mereka lebih suka sembahyang di surau blok masing2. Dalam seminggu mesti ada je yang menegur. Bila berselisih, senyum dan ucap salam. Saya senyum dan jawab salam la.bila tanya rumet, jarang pulak dorang kena situasi macam tu. Yang pelik nya nak kata saya ni alim sangat tak jugak.pakai tudung biasa2 je pun. Cuma mungkin selalu pakai baju kurung ke kelas. Tapi tetap ada jugak pakai jeans n tshirt je ke kelas.Nak kata selalu singgah surau tu memang jaranglah walaupun surau memang tak jauh dari bilik. Lebih selesa sembahyang di bilik sendiri. kalau yang memang kenal tu, sambil jalan pergi/balik kelas sambil tu bertanya kabar. Tapi macam dorang ni terlalu mesra pulak rasanya. Ada yang pegang lengan then mengelus2 lengan saya.dah la lembutnye tangan..dalam fikiran “please stop please” sebab rasa cam terkena renjatan elektrik pulak. Tak pun dorang pegang bahu or usap2 belakang. Hmm..
1. 1. Tomboy/andro
Haa golongan ni pun selalu gak tegur saya. “hai kak” “assalamualaikum kak” dorang tegur. Yelah mingkin dorang ni jenis memang mesra pun kan. Tapi mereka ni lain sikit. Terasa macam ada tarikan ‘aura’ tu kuat. Aura cam senget2 sikit..hahaha.. ada la sekali tu. Dorang ramai sekumpulan balik dari kelas. Ye lah budak sukan tau2 la macamne kan dengan baju sukan dorang tu. (budak sukan memang mostly or semuanya tomboy). Mula2 jalan sy jalan cool je. Dorang dari jauh memang dah bising, bila makin dekat dorang makin senyap, sempat tengok sorang tomboy tu senyum(tomboy ni kawan MyDia) saya senyum danjalan makin ketepi sebab nak bagi laluan kat dorang sampai kaki tersadung simen tiang. Nasib baik giler tak jatuh kat situ. Kalau tak mesti malu gila..hahah. dapat control tak jatuh terus jalan laju2 ke depan. Dengar dorang belakang salahkan budak tu yang sebabkan saya sampai tersadung kaki.huhu.
Lagi satu kes, balik dari kantin, bawak kotak kertas A4. Jalan2 masuk perkarangan kolej, sorang budak tomboy melintas,senyum. Jalan2 sikit budak tu tengok belakang, jalan2 sikit tengok belakang lagi. Last2 dia berhenti dan toleh belakang(menghadap saya) “nak tolong ke?” me macam ‘huh?’ then jawab “tak perlu la.thanks :)”. kotak kosong je yang dalam tu ada nasi bungkus untuk dimakan kat bilik..hahaha..
Best betul kenangan uni life. Rasa nak balik ke uni life tapi tak nak exam2. Belajar tu nak, duduk exam tu tak nak. Hari2 cuci mata.hehe.. ^^.
No comments:
Post a Comment