Kisah dia..lama dah tak cerita pasal dia kan.dia busy lately. Langsung tak sms. Sms pun cam tak excited. Tak pe lah. Kesian dia busy.rasa hati ni kosong, tapi tipulah kalau nak kata saya totally lupakan dia kan? Dia satu2nya orang pertama yang saya jatuh cinta. Umur 20 tahun baru nak jatuh cinta. Memang susah nak fall in love :P Sebelum2 tu Cuma suka2 orang begitu2 je. Pernah gak suka laki masa kecik2 dulu lah. Darjah 1. Kecik2 dah nak gatal! Tapi darjah 4 budak tu tukar sekolah, then form 1 terus tak dengar cerita budak tu lagi. Mungkin sebab laki tu cute dan sangat baik dengan saya. tapi sejak naik sekolah menengah makin muak dengan cerita itu ini ini itu pasal lelaki & perangai lelaki yang buat jadi hampeh ngan dorang. Lelaki di rumah pun same je. Tapi dari kecik pun suka tenngok perempuan gak. Ihiks.
Ada seorang Chinese gurl my classmate,dia cantik muka cam dato siti. So bila gurl tu tegur2 or senyum dengan saya tiba2 hati tersenyum girang. Lebih excited dari rasa suka dengan budak laki di atas. Perghh tu baru sekolah rendahkan.hahaha.. tapi dah besar gurl tu tak la cantik cam siti.
Berbalik pada kisah dia, teringat pada suatu situasi tapi di 2 tempat yang berlainan.
1. Class trip
Class trip mendaki gunung. Dan kiteorang tinggal kat chalet 3 hari 2 malam. Kalau dah pergi dengan kawan2 tu memang fun habis la kan..haha. ada la pada masa tu, saya tengah cuci muka menghadap cermin dalam toilet. Tiba2 dia datang berdiri kat pintu menyilang tangan. Saya angkat kepala seperti menanya soalan “apa?” tapi dia just senyum je. Then habis cuci muka, dia masuk toilet berdiri sebelah saya. me: “aku nak kencing ni, tak tahan. Keluar la. Ke nak tengok?” dia: “eh, oh ok” dan dia pun keluar . cerita itu tamat disitu..
2. Bercuti dengan kawan.
Bercuti masa gap final exam 9 hari. Kami 10 orang gurls bercuti di resort. Dapat sponsor oleh parents salah sorang daripada kitorang. 3 hari 2 malam gak. Tidur bilik resort mewah tapi makan maggi jer..haha. gap final exam orang sibuk beljar kiteorang boleh pulak enjoy mandi manda tepi pantai. Situasi saya dan dia sama seperti dia atas. Tapi ni waktu pagi. Tengah berus gigi. Dia berdiri dipintu je sambil tengok saya. Saya tengok dia dari cermin “haa nak ape?” “takde saje nak tengok kau berus gigi” saya senyum je… masa tu saya, dia dan bff je dalam bilik. Yang lain dah g pantai awal2 pagi.
Perkara kecik je pun kan. Tapi sebab kita ada hati kat dia, setiap saat dengan dia kita tak pernah lupa..
Saya rindu dia. rindu dia semasa sebelum dia kenal tipah.
7 comments:
rei: olooo loo...sedey nye cite ni...
huhu..touching jap..
Sedih? Apa yg sdihnya.hehe.
rei: ntah..ase sedey smcm je..meh sni sy bg tau dia yg awk ske dia..
xsmpai at tgk awk sedey2 ni..
ntahnye kan rei, pekate cik ima? bia kami je bgtau Dia yg u suke dia, xde semalu sgt, haha
aloh2.. terharunye ngan korang dua :') thanks la sanggup nak wakilkan diri ini..tapi takpe la. time kasih je la ye..
cute... :)
hehe..hi broken. welcome here..
Post a Comment