kebetulan cakap topik pasal fitnah..kebetulan VC UiTM post pasal fitnah di FB..
sekadar berkongsi..
Saya
menerima komen berikut dari seorg pensyarah yg menjawab post saya ptg
tadi berkenaan "org yg suka fitnah." Sangat menarik. Banyak yg kita
boleh pelajari. Bacalah walaupun panjang.
Salam Sejahtera,
Sebenarnya mengikut pengalaman saya orang yang buat fitnah dia bukan
gila, tak waras atau psycho kerana kebanyakan orang yang buat fitnah
adalah orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi. Malah ada antara
mereka mempunyai pengetahuan tinggi dalam agama pun.
Di UiTM
sendiri pun, memang berlaku banyak fitnah dan orang seringkali menjadi
mangsa fitnah. Orang-orang yang mempunyai jawatan seringkali fitnah
terhadap orang yang didapati akan merupakan pesaingnya ataupun akan
mengambil alih jawatannya kelak. Mereka sanggup melakukan apa sahaja
supaya kekal dalam jawatan yang dipikulnya kerana tidak mahu kehilangan
segala keistimewaan yang dinikmatinya kerana jawatan tersebut. Mereka
melakukan fitnah terhadap orang bawahan atau orang yang dianggap akan
merebut jawatannya kerana takut akan kehilangan segala keistimewaan jika
tidak lagi pegang posisi tersebut.
Sebenarnya orang yang buat
fitnah merupakan orang yang pandai, dia buat fitnah kerana tahu orang
akan mudah percaya kepada dia dan boleh memperbodohkan orang lain. Dia
tahu kebanyakan manusia adalah bodoh, lebih mudah percaya kepada yang
fitnah daripada yang benar. Selagi ada orang yang mudah percaya kepada
fitnah, maka selagi itu lah ada orang yang suka berfitnah akan
bermaharajalela. Dalam Al Quran jelas sebut bahawa kita perlu selidiki
setiap berita yang kita terima, samada benar atau salah, tetapi berapa
ramai antara kita buat penyelidikan tentang setiap berita yang kita
terima? Seseorang adalah wajib menghalusi setiap berita yang diterima
supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. ”Dan
janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan
tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu
akan diminta pertanggung jawabannya”. (QS Al Israa’ : 36). Selanjutnya,
“Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan)
kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara
tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga
menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah
al-Hujurat, ayat 6).
Lidah walaupun merupakan bahagian tubuh
seseorang yang memberikan kelazatan atau kesedapan apa yang dimakan
tetapi juga merupakan bahagian yang paling buat dosa, jika dibandingkan
dengan bahagian tubuh badan yang lain. Kerana manusia menggunakan lidah
untuk membuat fitnah. Rasulullah SAW menyatakan, lidah itu boleh
membawa kepada keburukan dan bala kepada seseorang sepertimana dalam
hadis “Tidaklah hasil tuaian lidah manusia itulah yang menghumbankan
muka mereka ke dalam neraka.”
Allah turut menjelaskan betapa
buruknya perbuatan fitnah itu menerusi firmanNya: ...dan janganlah kamu
mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah
sesetengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang dari kamu
suka makan daging saudaranya yang telah mati? (al-Hujurat: 12).
Jika kita baca sejarah, memang menunjukkan bahawa banyak kerajaan
hancur kerana fitnah seperti kesultanan Melaka, cerita Mahsuri di
Langkawi dan sebagainya sehingga dikatakan “fitnah itu lebih besar
daripada membunuh.”(Surah al-Baqarah,ayat 191) tetapi manusia ini masih
juga meneruskan fitnah seolah-olah telah menjadi budaya.
Bagi
saya orang fitnah lidahnya lebih kotor dari lubang tandas kerana amat
menyakiti hati orang yang jadi mangsa fitnah tersebut. Sakit hatinya
seperti ingin membunuh diri daripada hidup dikalangan manusia yang
durjana. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya
Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor
lidahnya.” (hadis riwayat Imam Tirmidzi).
Selain itu kita tidak
boleh mendiamkan diri apabila mendapati seseorang fitnah kepada diri
kerana kita mempunyai kewajiban untuk membela diri. Dalam Islam
seseorang diwajibkan membela diri apabila dia mendapati dirinya
difitnahkan. “Dan orang-orang yang apabila mereka diperlakukan dengan
zalim mereka membela diri” (Asy-Syura [42]: 39). Islam mengajar kita
bahawa setiap pihak yang dituduh dengan sebarang dakwaan mestilah
dibicarakan dengan adil dan diberi hak untuk membela diri. Apabila
tertuduh tidak diberi hak membela diri, ia bukan sekadar melanggar
demokrasi, tetapi melanggar lunas hukum agama dalam Islam.
Walaubagaimana pun orang-orang yang membuat fitnah, diakhirat akan
menjadi penghuni neraka “Pada hari itu (hari kiamat), akan bersaksilah
ke atas kamu oleh segala lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi
atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan (didunia dahulu)."
An Nur 24:24. Selanjutnya, “Orang-orang yang menyakiti seseorang dengan
sesuatu yang tidak dibuatnya, maka sesungguhnya mereka telah memikul
kebohongan yang besar dan dosa yang nyata." (Al-Ahzab:58).
Sekadar kongsi pengalaman dan pendapat saya dengan Dato’ Prof.
saya paling tak suka dengan orang yang dengki. dari dengki timbulnya fitnah.apedehal nak dengki2 dengan rezeki orang lain yang berjaya? itu dah yg ditetapkan oleh tuhan. ko nak rezeki lebih, usaha la kuat. jangan sampai menjatuhkan orang. dan menjatuhkan, memalukan pulak. hmm..bawak la banyak bersabar.
No comments:
Post a Comment