ini terjadi masa saya nak pergi ofis waktu petang after lunch la kan. masa tu, nak masuk simpang ke ofis saya. dari jauh saya dapat tengok lori tu tunggu nak masuk jalan sama dengan saya. makin dekat saya nak masuk simpang ke ofis, mlori tu lepas pulak maka saya dengan yakinnya mempercepatkan kereta kelisa supaya msuk ke pagar ofis dengan selamat. gerun gak tengok lori yang berwarna biru dan besar sedang menuju ke arah saya. iye, kau nak masuk simpang dan ada kereta dari arah bertentangan harus la gerun kan. tapi oleh kerana saya yakin dan malas nak berenti saya redah je.. lagi pun saya yakin.
masa masuk pagar ofis, saya tengok pakguard jerit 'wooooooooo.....' sambil tak lepas tengok ke arah saya dengan muka terkejut.. saya senyum2 kambing je..haha. pakguard yang sebelum ni selalu angkat tangan dan sengih sikit2 masa saya lalu keluar masuk pagar sekarang dah lambai2 dan senyum dengan lebar pulak bila tengok saya lalu. saya lambai la balik dan senyum juge..mungkin dia fikir, berani jugak pompuan ni atau dia fikir, gile pompuan nih.hahaha.. tengok bapak la weh :P
saya begitulah, kalau saya yakin, kereta dekat pun saya boleh je redah. tapi kalau tak yakin, sejauh mana pun kereta tu, saya takkan keluar dari simpang. ibarat, yakin je, semua benda akan jadi ok. hati tak yakin semua benda akan jadi ragu2 dan tak dapat buat.
emm..emm.. jangan marah ye yang..hehehe. sebab sayang selalu pesan bawak kete hati2 dan jangan laju..
:)
No comments:
Post a Comment