5 cawan. Tepung gandum
1/2 cwn. Butter
2 biji Telur
1/3 cwn. Gula
1 paket. Yis kering
1 cawan. Susu segar suam
1 sudu. Baking powder
Air secukupnya
Cara2:
1. Campurkan dan kacau gula kedalam susu suam hingga hancur. Masukkan telur dan butter. Pukul lagi. Kalau butter tak hancur tak pe..
3. Dalam mangkuk lain campurkan tepung gandum, baking powder dan yis.. Gaul rata.
4. Tuangkan sikit2 (no.1) kedalam tepung sambil adunan digaulkan. Tuang sampai habis.
5. Tuang air suam sikit demi sedikit. Jangan terlalu banyak takut adunan lembik. Tengok sehingga adunan tepung tidak melekat di tangan maka adunan itu sudah cukup baik.
6. Biarkan kembang selama 45 minit. Selepas kembang, tumbuk adunan bagi keluar angin, biarkan lagi selama 20 minit sehingga kembang.
7. Doh siap dan boleh buat roti pizza base/bun.
Cara2 buat pizza:
1. Ambil sedikit doh dan buat bentuk bulat/segiempat. Gelek dengan penggelek hingga nipis. Jangan terlalu tebal sebab dia boleh kembang apabila masuk oven. Setengah inchi pun ok atau pun kurang lagi.
2. Masuk dalam oven dengan suhu 170' dalam 7-10 minit atau hingga kekuningan
3. Siap doh pizza boleh la letak topping.
Bahan2 topping
Kaedah pertama(ini pizza mix vege biasa yg selalu saya buat)
Mix vegetables
Suku Bawang besar
Hot dog
Sos cili
Keju biasa
Cara2:
1. Bawang besar dipptong dadu, tumis bawang besar hingga naik bau, masukkan mix vege. goreng hingga setengah masak.
2. Potong kecil2 hotdog, goreng utk seketika.
3.Sapukan pizza base dengan sos cili, ratakan. Letak mix vege di atas roti piza, kemudian hot dog, last sekali parutkan keju di atasnya. Seberapa banyak keju yg anda suka. Keju mozarella lagi sedap sebab dia boleh tarik2 mcm pizza hut gitu ketika masih panas..
4. Masuk dalam oven bakar sehingga keju mencair sepenuhnya. Dalam 10-15 minit.
Kalau nak masukkan ayam ke telur ke whatever u want dipersilakan utk mengkreatifkan diri anda mempelbagaikan bahan utk topping. Cendawan ke, lada benggala ke saya tak letak sbb tak makan menda tu. hehe.. Letak telur sedap tapi masak dulu la jadi scramble egg..
Kaedah kedua (dapat dari internet)
- 400 g daging cincang (dicincang/minced)
- 3 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
- 1/2 botol sos spagetti lada hitam (lain-lain pun boleh)
- sedikit garam dan gula
- 3 sudu besar mentega
untuk hiasan :
- sedikit oregano kering
- cendawan shitake
- hirisan nenas
- hirisan kapsikum
- hirisan bawang besar
- keju parut
- lain-lain ikut suka
Cara-cara : Panaskan mentega di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar sampai perang. Masukkan minced beef/chicken dan kacau rata-rata. Biarkan ia kering seketika. Kemudian masukkan bahan-bahan selebihnya. Kacau hingga pekat/kering.
Untuk Sos Keju :
* 1 1/2 cawan susu segar
* 1 sudu besar mentega
* 1 sudu besar tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
* 100g cream cheese
* sedikit lada sulah
* sedikit gula dan garam
Cara-cara : Cairkan mentega di dalam periuk/saucepan. Masukkan susu dan krim keju. Kacau hingga keju hancur. Masukkan bancuhan tepung, lada sulah, gula dan garam. Kacau lagi hingga pekat.
Resipi ni saya dah try. Memang marvelous tambah2 dengan sos keju tu.. Resipi topping ni dapat dari blog http://dayangjack.blogspot.com/2012/03/resepi-lengkap-pizza-my-style.html?m=1
Bagi saya, resipi roti pizza ni yg paling senang dan lembut pulak tu. xperlu pakai bread softener bagai. Atau nak kene rendam yis bagai. Oh ye, banyak jugak sebenarnya boleh dapat kalau ikut resipi pizza ni. Dapat 7 biji pizza saiz personal pizza dan dapat pulak mak saya buat bun inti kelapa dan jugak bun hot dog. Kalau buat pizza saiz besar boleh dapat 4-5 keping kot. So kalau tak nak banyak sangat, bahagi dua la utk bahan2 buat roti pizza tu k..
SELAMAT MENCUBA!
Sorry hanie mintak resipi ni dari tahun lepas sekarang baru nak bagi..ehehe.

No comments:
Post a Comment