Monday, February 10, 2014

Al-Fatihah

Yang pergi takkan kembali. Begitulah perginya nenda kesayangan ku dan kami sekeluarga. Perginya pada 27 januari 2014, isnin, 10 malam, sangat merenggut hati dan jiwaku. Sangat2. Terasa begitu cepat beliau meninggalkan kami. Cuma berlaku selama 6 hari tanpa kami dapat mengagak beliau akan meninggalkan kami selamanya. 

Entah. Aku tidak tahu. Terkadang merasakan beliau masih hidup. Terasa baru semalam bercakap sambil menatap mukanya, baru semalam mencium dahi dan tangannya sebelum turun kerja. Terima kasih ALLAH memberi kami kesempatan menjaganya dalam bulan terakhir hidupnya. 

Nenek tak pernah menyusahkan kami. Hingga akhir hayatnya dia masih dapat berjalan biarpun bertongkat. Cuma 3 hari terakhir anak dan cucunya menjaga beliau yang sudah tidak mampu berjalan. 

Nenek, maaf kadang2 bercakap macam kasar. Bukan kasar, tapi nenek kurang pendengaran jadi terpaksa jerit sikit..

Saya dah tak ada nenek :'(

Tak, nenek masih hidup...dalam hati aku. 

Apabila rindu tiada apa dapatku lakukan selain sedekah al-fatihah.

Al-Fatihah

Nenek. Dalam kenangan. Tepat hari ini, isnin,14 hari sudah berlalu.. Dan sehingga hari ini bila teringat nenek, aku menangis..

3 comments:

nexus_fms said...

takziah ye?!

be strong (yang bercakap ni pun tak kuat sebenarnya)

mungkin sedih awak boleh pindah kat sini sikit --> saya.

banyak2 istighfar ye cik! moga awak tenang bila redha dgn pemergian Arwah.

Shizuma said...

Thanks cik nexus..

Kalau masih ada nenek jaga dia elok2 k. Sayang nenek pada kita(cucu2) xberbelah bagi..

:)

Anonymous said...

Takziah..